Membaca ialah satu aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada semua. Sejak kecil lagi kita digalakkan oleh ibu bapa dan guru untuk membaca. Melentur buluh biarlah dari rebung, oleh itu aktiviti membaca hendaklah dipupuk sejak kita kecil lagi. Membaca membolehkan individu mengetahui dan mengenali pekara-pekara yang berlaku di dunia ini. Membaca mempunyai banyak kepentingannya kepada pembaca.
1. Meluaskan ilmu pengetahuan
Membaca jambatan ilmu. Membaca dapat meluakan lagi ilmu pengetahuan kita. Dari sekecil-kecil pengetahuan hingga ke besar-besar pengetahuan kita dapat perolehi melalui membaca. Tidak kira apa jenis pembacaan yang kita baca, ia dapat memberikan kita pengetahuan terhadap sesuatu benda. Membaca membolehkan kita mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara dan luar negara. Jesteru itu membaca dapat meluaskan ilmu pengetahuan kita.
2. Dapat memperbaiki Bahasa
Tidak kira apa jenis Bahasa bahan bacaan yang kita baca, dengan membaca kita dapat memperbaiki Bahasa kita. Dengan membaca kita dapat melatih diri kita untuk menggunakan Bahasa dengan betul. Apabila kita terbiasa dengan membaca, kita dapat mengenalpasti kesalahan penggunaan Bahasa pada bahan bacaan yang kita baca lantas dapat melatih kita menggunakan Bahasa yang betul.
3. Mengisi masa lapang
Kita dapat mengisi masa lapang dengan baik apabila membaca. Bahan bacaan juga tidak terhad kepada pembacaan ilmiah sahaja, kita juga boleh membaca bahan bacaan lain yang berbentuk hiburan seperti novel, komik ataupun majalah. Ini juga dapat dijadikan bahan hiburan pada masa lapang. Jika ramai remaja yang memilih membaca sebagai aktiviti masa lapang mereka, ia dapat mengurangkan para remaja melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Kadar masalah dalam kalangan remaja juga akan menurun. Membaca mampu melahirkan modal insan yang berguna kepada negara.
4. Meningkatkan kreativiti
Aktiviti membaca dapat mengembangkan lagi pemikiran kita jesteru dapat meningkatkan kreativiti kita. Apabila membaca, sel-sel otak kita banyak memainkan peranan. Apabila kita membaca, kita akan berimaginasi tentang apa yang kita baca lantas dapat meningkatkan kreativiti kita. Bagi yang minat membaca, amat mudah bagi individu tersebut untuk mengarang sebuah cerita kerana dia mempunyai banyak pengalaman dalam membaca dan dapat mengaitkan apa yang dia baca dengan cerita yang bakal dikarang nya. Ini yang membuatkan aktiviti seseorang itu berkembang.
Bagus sangat
Tips ini mmg terbaik walau bagaimana pun Die memberikan kite manfaat kepada kite semua …..