Badan Sihat Minda Cerdas merupakan slogan yang sering kita dengari, namun tidak ramai yang menyedari hakikat kebenaran slogan ini. Sebagaimana pada hari ini begitu ramai masyarakat tanpa mengira peringkat umur menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, penyakit jantung dan lain-lain. Hal ini kerana kurangnya amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka. Oleh itu, amalan ini perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Amalan gaya hidup sihat perlu dilakukan secara konsisten dan berterusan. Sebagai contoh, pengambilan makanan seimbang, aktiviti senaman, menjaga kebersihan dan lain-lain. Amalan gaya hidup sihat ini mempunyai banyak kepentingannya jika diamalkan dari peringkat sekolah lagi.
- Meningkatkan prestasi pelajar
Apabila seorang pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka, apabila waktu belajar, mereka lebih senang untuk fokus terhadap apa yang diajar. Apabila sentiasa melakukan aktiviti yang sihat, seperti berjogging, bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti riadah, otak dan badan akan sentiasa aktif dan senang untuk belajar dan fokus. Dan kesannya, pelajar akan dapat meningkatkan prestasi mereka samada dalam akademik dan kokurikulum.
- Membantu proses perkembangan otak
Kita akui bahawa melalui amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar khususnya akan memberikan impak yang sangat baik dan berguna. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan otak mereka. Melalui pengamalan pemakanan contohnya, jika pelajar mengamalkan pemakanan yang seimbang, maka ia akan memberi impak yang bagus kepada otak kita dan otak kita akan berkembang dengan baik. Apabila otak berkembang dengan baik, otak sentiasa aktif, kita dapat mencerna dan menerima maklumat dengan cepat. Hal ini kerana, otak yang sentiasa aktif, akan membuatkan kita berasa segar dan cerdas.
- Ketahanan fizikal
Apabila sering mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang itu akan mempunyai ketahanan fizikal yang kuat. Sebagai contoh, apabila kita sering melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging, bersenam, bersukan dan sebagai nya, kita akan dapat mngekalkan lagi ketahanan fizikal kita. Hal ini kerana, apabila sering kali melakukan kerja-kerja yang melibatkan fizikal, otot-otot badan akan bertambah kuat. Apabila kita mempunyai ketahanan fizikal yang kuat, kita akn sentiasa cergas dan bersemangat dalam melakukan apa jua aktiviti. Tubuh yang sihat dan cergas akan membuatkan kita sentiasa segar dan bersemangat dalam melakukan aktiviti harian.
- Pelajar peka dengan kesihatan
Apabila sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, sudah terbiasa dengan makanan berkhasiat, melakukan aktiviti yang sihat, kita akan dapat menilai yang mana baik dan buruk untuk diri kita. Kita juga akan terbiasa dan lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan. Makanan yang berkhasiat akan menjadi keutamaan kepada diri kita. Mengamalkan gaya hidup sihat akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian seorang pelajar jika ia terus diamalkan.
感谢分享 好人一生平安
“Thanks for sharing a good life”
Melahirkan generasi yang sihat huraian dan menaikkan imej negara