Apabila berbicara tentang masa, adakah kita sedar betapa pantasnya masa berlalu? Berapa banyakkah masa yang telah kita gunakan untuk aktiviti yang berfaedah dan tidak berfaedah? Adakah kita bijak dalam menguruskan masa? Jika kita seorang yang mempunyai banyak komitmen, pengurusan masa yang teratur adalah penting bagi kita. Justeru di sini terdapat beberapa tips yang berkesan dalam menguruskan masa.
1. Gunakan Diari
Diari atau jadual harian dapat membantu kita dalam menguruskan masa dengan baik dan mencapai matlamat kita. Ia juga dapat membantu dalam merancang aktiviti harian. Kita dapat membahagikan dalam melakukan aktiviti penting jika kita terlebih dahulu merancang aktiviti kita pada hari tersebut. Secara lansung ia dapat kita dalam menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan dan aktiviti yang dilakukan.
2. Mengutamakan tugasan yang penting
Jika berbicara tentang tugasan, semestinya banyak tugasan yang harus dilakukan dalam sesuatu masa, maka dengan ini kita hendaklah bijak dalam membahagikan masa kita. Siapkan dahulu tugasan yang penting. Tugasan yang penting atau mempunyai tempoh masa yang ditetapkan dalam masa terdekat hendaklah diutamakan dahulu. Dengan ini ia dapat membantu meringankan beban dalam melakukan banyak tugasan.
3. Peka dengan Masa
Jika kita seorang individu yang mempunyai banyak komitmen, kita hendaklah sentiasa peka dengan masa. Biasakan diri menggunakan jam tangan atau pun, meletakkan jam dinding di bilik kerja anda. Bagi individu yang taksub dengan kerja, adalah amat penting bagi individu tersebut peka dengan masa.
4. Jangan melengah-lengahkan masa
Apabila sedang melakukan sesuatu tugasan, kita hendaklah sentiasa fokus, dan sesekali melengah-lengahkan masa. Berlengah itu adalah pencuri masa. Ingah bahawa orang yang malas adalah hobi nya melengahkan masa. Tanamkan di minda bahawa itu adalah suatu pembaziran.
5. Sentiasa Menepati Masa
Sematkan di minda, masa adalah emas. Jika kita mempunyai temu janji, kita hendaklah sentiasa menepati masa. Ambil masa sebanyak 15 minit untuk bersedia supaya kita tidak lambat. Jika anda seorang yang menepati masa, tanggapan orang lain terhadap anda akan positif.
No Comments