Dalam era globalisasi dan pemodenan ini, pembelajaran setiap individu adalah penting. Terdapat banyak jenis pembelajaran yang telah diperkenalkan bersesuaian dengan perkembangan masa kini. Salah satu adalah, pembelajaran dua hala. Pembelajaran dua hala merupakan proses pembelajaran antara anak murid dan guru, antara mentor dan mentee. Pembelajaran dua hala merupakan pembelajaran antara dua orang. Seorang merupakan anak murid/mentee manakala seorang adalah guru/mentor. Proses pembelajaran dua hala ini boleh dijalankan secara bersemuka ataupun melalui media masa. Pembelajaran dua hala mempunyai banyak kebaikkannya.
- Membolehkan guru fokus kepada seorang pelajar
Pembelajaran dua hala ini melibatkan dua individu iaitu seorang pelajar dan seorang guru, dengan ini, ia membolehkan guru untuk fokus kepada pelajar tersebut sahaja. Guru tersebut boleh fokus akan kelemahan yang ada pada pelajar tersebut supaya kelemahan tersebut dapat diatasi.
- Mempunyai lebih banyak masa
Masa yang diluangkan antara guru dan pelajar tersebut adalah tidak terhad. Ia bergantung kepada dua individu tersebut seberapa banyak masa yang akan mereka ambil dalam melaksanakan proses pembelajaran ini. Oleh kerana guru tersebut hanya mempunyai seorang pelajar, justeru dia mempunyai lebih banyak yang diluangkan dengan mengajar pelajar tersebut.
- Pelajar boleh fokus tanpa sebarang gangguan
Dengan belajar sendiri dengan guru, pelajar akan berasa lebih selesa. Pelajar tersebut boleh fokus dengan apa yang dia pelajari dengan tanpa sebarang gangguan dari orang lain. Dia bebas bertanya kepada guru yang mengajar dengan tanpa rasa segan. Kebiasaan seorang pelajar malu bertanya apabila dia dikelelilingi oleh pelajar sekeliling dia.
- Membolehkan guru memantau perkembangan pelajar
Dengan fokus terhadap seorang pelajar sahaja, guru tersebut boleh memantau perkembangan pelajar tanpa sebarang beban. Guru tersebut boleh mengetahui dengan lebih lanjut lagi, adakah pelajar tersebut mencapai objektif dalam pengajaran yang telah ditetapkan guru tersebut sendiri.
No Comments