Pengurusan Stress

Pengurusan Stress

Stress dalam kalangan pelajar tidak asing lagi pada masa kini. Sebagai seorang pelajar, akan banyak cabaran dan rintangan yang akan dilalui sepanjang proses pembelajaran, oleh itu, masalah stress tidak pernah lari dari hidup pelajar. Tidak kiralah di peingkat mana seseorang itu melanjutkan pelajarannya, stress akan sentiasa membelengui pelajar tersebut. Stress hendaklah ditangani dengan segera supaya ia tidak menjejaskan tahap kesihatan mental kita. Masalah stress dapat ditangani jika kita bijak menguruskannya. Salah satu cara untuk mengelakkan stress berlaku adalah, kita haruslah mengetahui cara-cara menguruskan stress dengan baik. Berikut merupakan cara-cara untuk menangani stress.

1. Berfikiran Positif

Salah satu punca kepada stress adalah dari pemikiran kita sendiri. Berfikiran negatif akan menyebabkan kita menjadi stress. Bagi menangani masalah ini, kita haruslah berfikiran positif. Kita kenalah bijak mengawal pemikiran kita sendiri. Sentiasa memikirkan sesuatu yang positif dan membina seperti “orang lain boleh, saya pasti boleh” dapat mengelakkan kita memikirkan pekara-pekara yang negatif. Pemikiran yang negatif akan membawa suasana negatif hidup kita, lantas akan menyebabkan diri dilanda stress. Sematkan dalam minda sentiasa bahawa, setiap berlaku ada hikmahnya dan dahulukan pemikiran yang positif agar pemikiran yang positif tersebut menyekat kita berfikir pekara yang negatif.

2. Riadah

Riadah adalah amat penting dalam kehidupan kita manusia dan ia merupakan satu keperluan. Dengan melakukan riadah, seperti bersukan, dapat memberikan kita kesihatan fizikal dan mental. Apabila kita beriadah, kita berasa lebih segar dan tenang, jesteru dapat mengurangkan rasa beban di kepala. Selain itu, apabila beriadah kita beriadah bersama rakan-rakan ataupun keluarga, ia dapat menimbulkan rasa gembira jesteru dengan cara ini dapat mengurangkan stress.
3. Bijak menguruskan masa

Salah satu punca stress juga adalah, pengurusan masa yang tidak teratur. Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah bijak menguruskan masa. Kita hendaklah bijak membahagikan masa antara belajar dan aktiviti harian ataupun hiburan. Sebelum memulakan hari, kita hendaklah merancang dahulu apa yang perlu dibuat pada hari tersebut. Tetapkan matlamat pada setiap hari, supaya dapat membantu dalam menguruskan masa. Pengurusan masa antara belajar dan berhibur hendaklah seimbang supaya hidup tidak terlalu stress dengan belajar sahaja. Hidup kita juga memerlukan sedikit hiburan ataupun aktiviti yang berfaedah supaya dapat merehatkan otak kita. Jesteru dengan ini, stress dapat berkurang.

4. Berkongsi Masalah

Salah satu punca stress adalah apabila kita sentiasa memendam perasaan ataupun permasalahan yang melanda diri kita. Apabila mempunyai masalah, tidak salah jika kita berkongsi masalah tersebut dengan rakan kita ataupun kaunselor. Dengan ini, kita dapat meringankan beban di kepala. Apabila kita berkongsi masalah dengan rakan, kita akan dapat merasakan sesuatu perasaan lega, walaupun masalah tersebut belum selesai, sekurang-kurangnya kita dapat menghindarkan diri dari memikirkan masalah itu sentiasa. Jika kita bernasib baik, rakan kita akan dapat membantu kita dalam menyelesaikan masalah yang melanda diri kita. Ini dapat mengurangkan tahan stress yang dihadapi.

No Comments

Post a Reply